Upah Assignment


Mereka yang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi tidak pernah terpisah dengan assignment @ tugasan. Tak siapkan benda tu, alamat gagal lah namanya.  Terpaksa repeat paper. Takpun kena buang pengajian. Penting wooo assignmentni. Markah tinggi..

Kebelakangan ini banyak kita perhatikan mereka yang sambung belajar tapi assignmentyang diamanahkan terpaksa upah orang lain yang buat. Selalunya mereka yang sambung belajar secara PJJ la. Bekerja sambil belajar, mana ada masa nak buat semua benda tu kan. Apatah lagi yang dah berfamili

Manakala mereka yang kena upah tu pula selalunya di kalangan mereka yang berijazah terutama pelajar-pelajar lepasan IPT. Maklumlah mereka kan dah biasa dan mahir dengan buat tugasan-tugasan macam tu.

Bayaran upah untuk sebuahassignmnetyang disiapkan selalunya hasil  rundingan antara kedua pihak.  Lazimnya sekitar RM50-Rm100 untuk sebuah assignment. Kadang-kadang si pembuat dan pengambil upah tu pun tak kisah berapa bayaran pun dikenakan. Paling best ada juga yang tolong buat secara ikhlas. Nak bantu sanak saudara dan keluaraga lah kot.. hehehe

Persoalannya sekarang, apa hukumnya nya ye? Mengupah orang lain tolong buatkan assignment @ tugasan tu?

Sambung belajar ke peringkat tinggi, tapi macam tak belajar. Kerja dan tugasan orang yang lain yang tolong buatkan. Tak payah pening kepala, cari upah orang lain ja. Last-last akhir pengajian konvokesyen dapat segulung ijazah. Pangkat pun naik, gaji pun melintang mendongak. Halal ke gaji yang dia terima tu tapi bukan hasil usaha sendiri? Yang menolong dan menerima upah tu plak halal ke upah yang dia terima tu kerana bersubahat?

Aku tulis entri ni sebenarnya kena juga kat batang idung aku sendiri. Sebab aku sendiri pun pernah buat macam tu sebelum ni. Hihihi.. Cari duit sampingan dengan tolong buatkan assignmentorang. Nak tanya hukum, kawan-kawan aku yang bergelar ustaz pun 2X5 jugak. Pernah  gak buat macam tu.. Ekekekeke..

Ok lah, untuk gambaran, cuba tengok kes-kes yang seumpama di bawah ini;


KAJIAN KES 1

Saya ada duit, tapi saya macam malaslah nak berniaga. Lalu saya pun upah orang untuk menjalankan perniagaan dengan duit saya. Alhamdulillah, perniagaan saya pun untung hasil usaha orang yang saya upah itu.


- So amacam? Nampak kisah di atas macam okey ja kan. Konsep 'bantu membantu'. 

Cuba baca kes yang di bawah ini pula.

KAJIAN KES 2 

Pensyarah minta kami siapkan sebuah kerja projek. Tapi saya macam malas nak buat. Lagipun saya tak tahu. Tapi kalau tak hantar habislah saya digagalkan. Baik saya upah orang lain.

- Cuba fikirkan. Kes di atas ni nampak macam nak 'menipu' plak kan. Kerana takut digagalkan, upah orang untuk siapkan. Macam kes murid menipu dalam kelas la..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okey oke senang cerita macam ni lah. Apa yang saya dapat simpulkan hasil pemerhatian dan penyelidikan (Cewahh) kalu setakat beri upah orang menaip tu ok je. Takda masalah sebenarnya. Kita sediakan semua bahan-bahan, nah upah orang ja tolong taip. Tolong taip kan je sebab kita takda masa untuk semua tu..

Tapi kalau buat segala-galanya dari A ke Z tu yang sebenarnya boleh dikatakan penipu. Iya M.E.N.I.P.U  @ menipu.Bagi soalan je, pastu pandai-pandailah orang yang kena upah tu cari bahan, buat lah yang terbaik. Asal siap.

Minta maaf lah kalau ada tersindir. Assignment itu adalah amanah. Kita kena jujur pada diri sendiri kerana ianya melibatkan periuk nasi kita kelak. Orang yang menyuruh itu penipu, orang yang menolong itu pun menipu sebab bersubahat. (nasihat ini untuk diri aku juga. ekeke)
 

Macam kes dalam kelas la. Kita cikgu-cikgu pun mesti marah kan kalau murid-murid kita didapati tak jujur sebab kerja sekolahnya kawan dia yang tolong buatkan. Sampai bila dia nak pandai kalau tak buat sendiri.

Macamana nak maju kalau kerja yang ditugaskan itu diupah orang lain yang buat. Memang tak salah, tapi tak jujur menghantar kerja yang bukan hasil kerja sendiri untuk markah sendiri. Andai kata bantu membantu, itu tidaklah mengapa. Kerana sama-sama berusaha. Seorang membimbing, seorang mengerjakannya. Tapi bukan menyerah bulat-bulat tanpa ada usaha.

Mohon maaf lah jika ada sesiapa yang tersindir dengan entri ini. Ini cuma luahan pendapat aku je. Kalau nak lebih kepastian pi la tanya ustaz ustazah sekalian. Kalau ada yang nak respon tak puas hati dipersilakan. Masing-masing ada hak berkongsi pendapat.

Jangan jadikan tabiat ini suatu trend, dan jangan salahkan majikan jika mempunyai pekerja yang berpelajaran tinggi tapi langsung tiada kualiti!

Fikir-fikirkan lah ye.. Daaaaa....

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sebagai seorang pelajar institusi awam ataupun swasta, anda tidak akan terlepas daripada assignment yang diberikan oleh pensyarah samada anda belajar di peringkat sijil, diploma, degree ataupun master. Assignment adalah satu tugasan yang wajib disiapkan oleh seorang pelajar bagi memenuhi syarat lulus untuk sesuatu subjek yang diambil pada setiap semester.

Kegagalan dalam menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah akan menyebabkan anda mendapat markah yang sikit dan berkemungkinan anda akan gagal dalam subjek tersebut. Sekiranya anda gagal dalam sesuatu subjek, anda perlu mengulangi subjek yang sama pada semester berikutnya.

Pastinya anda tidak mahu gagal dan mengulangi subjek yang sama. Jika ianya berlaku, ia akan merugikan masa dan duit anda sendiri. Bagi mengelakkan kegagalan berlaku, sebaiknya setiap assignment yang diberikan oleh pensyarah perlu dibuat dengan sehabis baik bagi mencapai markah yang tinggi untuk lulus dengan cemerlang.

Sekiranya ada seorang pelajar sepenuh masa, ianya bukan lah satu masalah untuk menyiapkan sesuatu assignment. Sebaliknya assignment itu adalah satu bebanan bagi mereka yang belajar secara separuh masa ataupun belajar jarak jauh (PJJ). Ini disebabkan oleh komitmen kerja yang lain dan tiada masa untuk menyiapkan assignment.

Selain terikat dengan komitmen kerja, mereka juga perlu membahagikan masa mereka untuk belajar dan bersama dengan keluarga. Jadi, kekangan masa dan kesibukan mereka membuatkan mereka bertambah buntu dan kurang fokus untuk menyiapkan segala assignment yang diberikan oleh pensyarah.

Upah Buat Assigment Murah Serendah RM15 Per page

Ada kalanya pelajar sepenuh masa juga merasa buntu memikirkan tentang assignment yang perlu disiapkan disebabkan kerana tidak faham, kurang arif atau kurang mahir. Bahkan ada yang malas untuk buat assignment yang diberikan atas faktor-faktor tersebut. Jadi, bagaimana menyelesaikan masalah assignment yang tak siap ini?

Jika anda belum jumpa jalan penyelesaiannya, anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan segera dimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan buat assignment dengan upah yang murah serendah RM15 per page dan assignment anda akan siap sepertimana pensyarah anda inginkan.

Jadi, anda tidak perlu runsing dan bersusah payah untuk membuat sesuatu assignment yang belum pasti akan anda siapkan dalam tempoh yang diberikan. Pekhidmatan buat assignment ini terbuka kepada semua pelajar institusi awam ataupun institusi swasta mahupun persendirian melalui Hafieza.

Siapakah Hafieza Hassan ?

Hafieza Hassan merupakan seorang graduan UPM yang mempunyai Diploma, Sarjana/Degree, Sarjana/ Master dalam jurusan yang sama iaitu  jurusan Pembangunan Manusia. Beliau juga graduan PhD daripada Universiti Teknologi Mara ( UiTM) dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Perkhidmatan Buat Assignment Melalui Hafieza Hassan ?

1. Harga Berpatutan Dan Murah Dipasaran

Bagi peringkat diploma dan sijil upah yang dikenakan adalah sebanyak RM15 – RM20 per page untuk 2000 – 3000 patah perkataan termasuk gambar, jadual, carta dan rujukan. Pada peringkat sarjana muda/ degree bermula dari RM20 – RM25 per page untuk  2000 – 3500 patah perkataan termasuk gambar, jadual, carta dan rujukan.

2. Pengalaman

Selain memiliki latar belakang pelajaran yang tinggi, Hafieza sangat berpengalaman dalam bidang ini lebih kurang dalam 10 tahun. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan perkhidmatan upah buat assignment daripada beliau kerana di jamin assignment yang disiapkan adalah yang terbaik.

3. Hasil Kerja Unik Dan Asli

 

Segala assignment yang dihasilkan akan dipastikan mempunyai hasil kerja yang unik dan asli bagi menjamin mutu dan kualiti assignment yang terbaik untuk kepuasan pelanggan setelah menerimanya. Secara tidak lansung, tidak akan wujud kes peniruan dan sebagainya.

4. Tempoh Masa Siap Seperti Yang Ditetapkan

Setiap assignment yang dihantar dijamin akan disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa anda perlu risau tentangnya. Anda hanya perlu bersabar menunggu assignment anda siap sepenuhnya pada hari yang sepatutnya anda terima assignment tersebut.

5. Boleh berhubung 24/7

Bagi memudahkan segala urusan, anda boleh berhubung melalui email pada bila-bila masa 24/7 untuk memastikan anda berpuas hati dengan segala progress assignment yang telah dibuat. Jadi, anda akan lebih rasa yakin dan percaya dengan perkhidmatan buat assignment tersebut.

6. Bidang Assignment Yang Ditawarkan

Terdapat 3 bidang yang ditawarkan untuk upah buat assignment ini iaitu bidang pengurusan, pembangunan manusia/psikologi dan juga bidang perniagaan. Jika anda mempunyai assignment dalam bidang tersebut, anda boleh mendapatkan perkhidmatan buat assignment yang ditawarkan.

Contoh Assignment Terbaik Dihasilkan Oleh Hafieza Hassan

Berikut adalah antara contoh-contoh hasil kerja assignment yang terbaik pernah ditempah oleh para pelajar dan dihasilkan dengan sangat baik mengikut tempoh masa yang diberikan.  Susunan ayat yang teratur serta menarik bagi memberikan kualiti yang hasil kerja yang unik dan asli.

Testimoni Pelanggan Upah Buat Assignment Murah

Ramai pelajar telah mendapatkan perkhidmatan buat assignment daripada Hafieza Hassan yang di yakini terbaik. Mereka sangat berpuas hati dengan hasil kerja assignment yang telah disiapkan dalam tempoh masa yang diberikan. Malah, mereka tidak ragu-ragu lagi untuk mendapatkan perkhidmatan buat assignment tersebut berkali-kali.

Cara Mudah Untuk Upah Buat Assignment Murah Untuk Diploma / Degree dan Master

Anda hanya perlu whatsapp atau email Hafieza Hassan dengan berikan maklumat seperti nama, nombor telefon, email, tajuk assignment, format assignment beserta tarikh hantar assignment. Sebut harga upah assignment pula bergantung kepada tajuk assignment, muka surat dan bahasa yang digunakan samada bahasa melayu atau english.

Syarat-Syarat Upah Buat Assignment Murah

  1. Bayaran deposit sebanyak 50% daripada upah buat assignment perlu dibayar terlebih dahulu bagi memastikan anda betul-betul serius untuk upah buat assignment.
  2. Tempoh untuk menyiapkan assignment adalah sekurang-kurangnya 2 minggu daripada tarikh upah buat assignment supaya assignment dapat disiapkan dalam tempoh tersebut.
  3. Assignment yang telah siap akan di hantar dalam bentuk printscreen untuk semakan terlebih dahulu untuk persetujuan akhir.
  4. Setelah assignment dipersetujui oleh anda, anda perlu membuat bayaran penuh dan mendapatkan assignment anda yang telah siap.
  5. Selepas bayaran penuh diterima, assignment yang telah siap lengkap sepenuhnya akan di hantar dalam bentuk softcopy melalui email.
  6. Setiap assignment yang telah dihantar adalah menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk proses edit semula.
  7. Tiada pemulangan wang bagi setiap upah assignment yang telah disiapkan sepenuhnya dan yang telah dihantar kepada anda.
  8. Bayaran perlu dibuat hanya melalui Maybank atau Cimb Bank sahaja. Sekiranya anda menggunakan bank yang berbeza, sila buat bayaran secara segera.

Jom Upah Buat Assigment Murah Untuk Diploma/Degree dan Master SEKARANG!!!

Buntu assignment masih belum siap atau tak tahu nak mulakan assignment dari mana? Sekiranya anda memerlukan upah buat assignment dengan segera, sila hubungi Hafieza Hassan sekarang!!! Di jamin assignment anda akan siap dalam masa yang diberikan dan assignment yang terbaik bakal anda terima.

Tiada lagi alasan assignment tak siap,lupa nak buat, tak tahu nak buat dan sebagainya. Anda tidak perlu mencipta alasan untuk pensyarah anda jika assignment anda gagal di siapkan dalam waktu yang ditetapkan. Kini anda boleh tersenyum menghantar assignment tepat pada masanya.

HAFIEZA HASSAN | UPAH BUAT ASSIGNMENT

Hubungi: Tekan untuk Telefon (018-2401725) | Tekan untuk WhatsApp

Kategori: Review

0 Replies to “Upah Assignment”

Lascia un Commento

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *